Friday 28 December 2012

POINT EFEKTIF BEKAM DAN TUJUANNYA.


 AKHDAIN/URAT TENGKUK

"Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam pada (Akhda’ain dan Kahil) "(HR.Termizi, Ahmad,Ibnu Majah).
Baginda  biasa berbekam pada hari ke 17,19,21.Titik ini adalah pada urat di tepi kiri dan kanan leher.Kadang-kadang posisinya agak tersembunyi.
Manfaatnya ialah mengatasi :
a) Melancarkan perjalanan darah ke bahagian kepala.
b)Pening kepala
c) Migrain
d) Vertigo
e) Daya ingatan lemah
f) Mengantuk

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam ditengah tengkok,kerana sesungguhnya kerana perkara itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit".(HR At-Thabrani).
Yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi S.A.W sekitar tahun 600 masihi,bahawa pembekaman pada satu cara disekitar tengkok saja dapat menyembuhkan 72 penyakit.

KATIFAIN / DUA BAHU
"Rasulullah S.A.W telah berbekam di 'Akhdain' dan di antara dua bahunya" (HR A.Dawud).
Antara faedahnya :
a) Menormalkan Tekanan Darah
b) Asid Urik Berlebihan
c) Kolesterol
d)Payah Mengawal Emosi
e)Angin
UMMU MUGHTIS /PUNCAK KEPALA

Dari Ibnu Umar R.A, becerita bahawa: ” Nabi Muhamad pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan Ummu Mughtis”
"Sesungguhnya Nabi S.AW. telah berbekam di kepala dalam keadaan ihram kerana sakit kepala"
(HR Bukhari)
Titik tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk menghilangkan:
a) Pengaruh Sihir
b)Stroke/Angin Ahmar
c)Migrain
d)Stress
e)Lambat Uban
f)Seimbang Hormon
g)Pening Berpusar
h)Hipertensi
KAHIL /ANTARA DUA BAHU

"Rasulullah S.A.W telah berbekam di 'Akhdain' dan diantara dua bahunya."(HR Abu Daud).
Antara faedahnya ialah:
a)Menerangkan Pandangan 
b)Membuang Racun
c)Kudis
d)Bisul Di Mata


TUJUAN BERBEKAM

Nabi menggalakkan bekam dilakukan dengan tujuan merawat dan mencegah penyakit.Berbekam bertujuan bagi rawatan pada hari ini dikenali sebagai therapeutic phlebotomy dan pencegahan dikenali sebagai preventive phelebotomy. Oleh sebab Bekam berkaitan dengan darah, saya ingin menjelaskan kepentingan cecair ini sebelum memulakan tajuk ini.

Darah

Darah bertanggungjawab ke atas penghantaran zat-zat dan oksigen kepada setiap sel di dalam tubuh kita dan juga membawa keluar bahan buangan metabolisme daripada sel untuk perkumuhan di dalam buah pinggang dan paru-paru. Darah adalah `jaga’ kepada sistem pelalian badan kita. Pengaliran sel darah putih, enzim dan faktor pelalian  yang lain bersedia 24 jam `mencari dan memusnahkan’ makhluk asing. Darah kotor tidak berkemampuan menjalankan tugas ini. Keputusannya, mulnutrisi berlaku, ketahanan badan merosot, toksemia(keracunan darah) menjadi kronik dan kuman menyerang tisu kita yang paling lembut. Kita hidup dalam masyarakat moden  di mana peradaban dirosakkan oleh pencemaran alam sekitar dan keburukan amalan pemakanan.

Di dalam darah dan tisu kita terkumpul toksin yang secara perlahan-lahan menghakis kecergasan badan kita. Jikalau kita tidak membuang toksin tersebut dalam tempoh tertentu, timbunan toksin akan membesar sehingga badan kita tidak dapat bertahan lagi dan kita akan jatuh sakit. Doktor di dalam badan kita hilang kawalan dan kita diserang olehpenyakit  koronari,barah,hipertensi, penyakit buah pinggang, angin ahmar,lelah,artritis,rheumatism dan lain-lain penyakit yang berbahaya.Keracunan darah sudah menjadi masalah besar dalam masyarakat moden dan menjadi penyebab kepada banyak kesakitan,penderitaan dan kerugian sumber manusia.

Pengaliran darah bersih  yang tidak terhalang dan tenaga kecergasan adalah faktor penting kesihatan.Jikalau terdapat terlalu banyak kotoran toksid di dalam badan kita ia mengakibatkan terjadinya stasis darah atau penakungan darah dan ini menghalang kelancaran perjalanan tenaga dan darah di dalam badan kita, menyebabkan ketidakselesaan dan penyakit yang serius. Dalam keadaan hari ini di mana terdapatnya penyakit jantung, barah,angin ahmar, penyakit buah pinggang,hipertensi,arthritis,
rheumatism dan lain-lain lagi yang sentiasa bertambah, kita seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada Bekam sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit yang berbahaya ini supaya kehidupan menjadi lebih sihat dan baik.


Sumber dari Bekam Inovatif(Al-Hijamah) Dr.Helena Abdullah, Terbitan Heles Corporation Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment