Tuesday 18 September 2012

Terapi bekam , Urut dan Reflexology untuk lelaki Obesiti




Pada ahad lalu saya  membantu seorang lelaki yang obes. Beliau mengalami masalah pernafasan, darah tinggi , gout dan permulaan diabetis.

Beliau berusia 32 tahun sudah berkeluarga dan mempunyai 3 cahaya mata. Bertugas sebagai peniaga beliau gigih walaupun menghadapi gangguan kesihatan.

Saya tiba dirumah ibu beliau jam 9.00 pagi dan memulakan rawatan dengan urutan kemudian bekam Walaupun pelbagai penyakit yang memerlukan perhatian saya hanya memilih untuk bekam di bahagian belakang sebagai permulaan.

Sebahagian darah rosak dan berasid tinggi yang dapat di keluarkan bagi meringankan rasa tidak selesa .





Setelah selesai bekam darah , saya kembali memberikan urutan dan kemudian saya teruskan dengan melakukan bekam angin di bahagian dada, perut, punggung dan kaki . Teknik ini bagi membantu membuang angin sekaligus meringankan badan.





Rawatan selama 3 jam.

Proses seterusnya saya melakukan reflexology kaki, tangan dan telinga bagi menambahkan rasa selesa kepada lelaki tabah ini.

INSHAALLAH pada bulan hadapan kami akan bertemu lagi... saya kan merangka rawatan yang paling utama . Kami akan tumpukan kepada perawatan pernafasan . Untuk makluman lelaki ini memerlukan alat bantuan pernafasan ketika hendak tidur.

Inshaallah ...kami akan cuba sedaya mungkin...jika para pembaca ada kaedah lain yang boleh membantu bolehlah menghubungi saya.


PUJIAN KEPADA KAKAK BELIAU YANG KINI BERADA DI BAHRAIN YANG MEMBERI SEMANGAT AGAR ADIKNYA MELAKUKAN RAWATAN. 

KEBETULAN KAKAK BELIAU JUGA BARU MENJALANI RAWATAN BEKAM DI BAHRAIN.

BELIAU  LAYARI INTERNET BERTEMU BEKAMKINI MAKA ..TAKDIRNYA KAMI HADIR...

THANK YOU ALLAH.....

ALLAH LAH YANG MEMBERI KESEMBUHAN ....DOAKAN....












No comments:

Post a Comment