Monday 15 April 2013

Rawatan bekam untuk masalah kolesterol .


Pengalaman kami di bekamkini begitu berharga untuk di kongsikan. Pesakit yang datang pelbagai jenis masalah kesihatan. Antaranya masalah kolesterol ,dengan keyakinan bahawa rawatan bekam adalah amalan sunnah mereka berjaya menurunkan tahap kandungan kolesterol merbahaya.




Jika ini hasilnya bukankah suatu nikmat ?

Ini adalah antara point untuk  memperbaiki aliran darah dan mengatasi masalah pembuluh darah sempit dan tersumbat.
Tambahan dengan penambahan bekam sunnah , urutan anti stress , guasa dan reflexology hasilnya mengkagumkan.



Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Low density lipoprotein (LDL) – yang diklasifikasi sebagai kolesterol baik. Terhasil dari sumber-sumber pertanian yang bukan daging.
  2. High density lipoprotein (HDL) – yang diklasifikasikan sebagai kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan. Terhasil daripada sumber-sumber pertanian berdaging.
Bagaimana Kolesterol Memberi Masalah Kepada Kesihatan Kita?
Umumnya semua orang tahu bahawa kolesterol adalah dikaitkan dengan penyakit serangan jantung dab  darah tinggi. Ramai yang menyatakan bahawa kolesterol yang tinggi akan di simpan dan dimendapkan disekeliling permukaan dalam salur darah. Akibatnya ia menjadi sempit dan akhirnya tersumbat.
Namun hakikat sebenar keatas kenyataan tersebut adalah kurang tepat. Sebenarnya kolesterol yang berlebihan akan membentuk butil-butil kecil seolah-olah seperti jerawat disebelah dalam saluran darah. Butil-butil ini akan akan membesar dan akan menyempitkan saluran darah. Tiba masanya lapisan luar butil tersebut tidak lagi dapat menahan kapasiti kolesterol didalamnya menyebabkan ia pecah. Hakikat butil kolesterol yang pecah ini berlaku menyebabkan saluran darah tersebut pecah dan berlaku sumbatan akibat dari pendarahan tersebut. Ini kerana saluran darah terutama dibahagian jantung bersaiz sangat kecil dan mudah menerima impak dari pecahnya butil kolesterol itu.

RAWATAN KAMI ADALAH SEBAGAI ALTERNATIF , DAPATKAN NASIHAT DOKTOR UNTUK NASIHAT PERUBATAN.

No comments:

Post a Comment