Tuesday 4 November 2014

Dialog yang tidak di rancang




Dialog yang tidak di rancang.

1.Pagi isnin lepas bekamkini di kunjungi 3 orang ahli keluarga datang mahu buat rawatan bekam.

Yang dua orang menemankan maka hanya seorang mendapatkan rawatan.

2.Ketika pesakit sudah masuk ke bilik rawatan saya melintas di ruang menunggu.

3. Tiba -tiba salah seorang daripada di ruang tamu kejang ,mulut , lidah kelu dan berkelakuan aneh.

4. Saya cuba memberi salam untuk melihat reaksinya.Tiba -tiba wanita berusia 60an itu meludah - ludah.

5.Errmm saya terus menguji dengan laungan azan, ayatul kursi maka beliau semakin kepanasan dan marah.

6.Kemudian saya memanggil warisnya dan bertanya , maka jawapan " mak Cik ini sering di pengaruhi entiti ghaib"...saya angguk faham dan meneruskan setakat yg mampu.

Malah pernah dirawat oleh perawat tradisional Islam. Katanya warisnya

7.Ketika itu suara itu terus memarahi serta menghalau saya. 

Saya hanya tersenyum kemudian mengalihkan perhatian suara yang sudah mengawal tubuh tua mak cik tersebut.

Saya bertanya beberapa soalan

1. Siapa nama kamu? 
Beliau menjawab "SHOD"

2.Berapa umur kamu?
Beliau menjawab "ribu- ribu tahun Zaman Nabi Sulaiman.(dgn bongkak sambil membebel marah kerana N.Sulaiman wafat tanpa pengetahuan .Dia juga mendakwa pernah jadi hamba N.sulaiman.

3.Siapa Tuhan kamu?
Beliau menjawab "Allah"

4.Saya terus mengajak beliau untuk mengucap dua kalimah syahadah dia bersetuju.

Saya mulakan Asyhadu alla illaha
illallah....suara itu mengikut.....seterusnya saya ucapkan Asyhadu anna Muhammad rasullulah.....beliau ikut separuh sahaja tetapi apabila sebut nama Muhammad.....dia enggan sambil meludah ludah benci kerana dia gagal mengoda manusia ini katanya.

Sesi ini agak lama hampir 2 jam lebih. setelah laungan azan dan bacaan ayatul qursi /ayat ayat ruqiyyah dengan bantuan team bekamkini.

Di akhirnya beliau semakin letih Dan sedar kembali.

Mengucap dua kalimah syahadah dgn sempurna.Meminta maaf kepada kami semua.Dan beliau berusaha akan beramal dan mencari jln keluar
.

Ada juga rakaman video tetapi tiba tiba hilang gambar hanya suara yang boleh di dengar. wallahualam....

Ini sekadar cacatan tanpa tokok tambah. Malah banyak yang tidak di dedahkan.

Mari sama sama kita doakan agar beliau sembuh .Amiin

No comments:

Post a Comment